Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Perkara ini menjadikan saya sedar bahawa usaha manusia hanya sedikit namun sejauh mana manusia mampu untuk melaksanakan sesuatu dalam menegakkan agama Allah di muka Bumi ini.
Begitu juga dengan perjuangan Pro M dalam memastikan kemenangan berpihak kepada pihak yang benar dalam sesi pemilihan MPMUM kali ini. Kami diterjah dengan pelbagai asakan menekan dari pihak HEP namun saya sedar bahawa ini hanya medan ujian kecil. Bagaimana agaknya sahabat-sahabat seagama di Palestin berjuang di sana? Ini hanya perjuangan kecil. Saya tidak akan putus asa!!
Ini mungkin sudah terlamabt tapi inilah usaha sehabis baik yang ingin saya persembahkan kepada Allah di hari pembalasan kelak. Semoga amal sedikit ini diberkati. Doakan untuk semua=)
NOORZILAH JAILANI, CALON FAKULTI SAINS, MIKROBIOLOGI (TAHUN 2)
0 comments:
Post a Comment