CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 10, 2009

Mata Burung @ Dalam Tempurung?

While sitting alone at the HEP today, i took the red bulletin on the table and lazily read it. After flipping a few pages, my eyes caught on one article entitled with 'Mata Burung atau Dalam Tempurung' written by En Abdul Shukur Ishak(someone from Universiti Malaysia Pahang). I do think that this article is closely related to me and the people around me =)


******
"Lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih", begitulah bunyi sebahagian dari bait-bait lirik lagu popular 'Tanya Sama itu Hud-hud' ciptaan penghibur tersohor negara M.Nasir. Lirik tersebut walaupun ringkas menyingkap makna mendalam tentang sudut pandangan manusia yang berbeza-beza terhadap dunia dan kehidupan.

Manusia sebenarnya boleh memilih untuk melihat dan mentafsirkan persekitarannya dari dua sudut yang bertentangan. Bagi yang memilih untuk melihat dunia dari mata burung akan mempunyai jangkauan yang jelas dan meluas serta mencangkupi ruang lingkup yang amat besar. manakala yang memilih untuk melihatnya dari dalam tempurung akan mentafsirkannya secara sempit, kabur dan dalam ruang lingkup yang amat terbatas.

Seekor katak yang berselindung di bawah sebuah tempurung pastinya akan terhijab dari persekitaran yang amat luas di luar. Dia akan terlindung daripada hiruk pikuk dan pelbagai ragam kehidupan di luar. Dia hidup bersendirian dan kesunyian di dalam tempurung. Namun, si katak merasakan bahawa itu sahajalah dunianya dan bertanggapan begitu jugalah bentuk suasana di luar tempurung. Biarpun berada di dalam ruang yang sempit, gelap lagi menyesakkan, sang katak tetap berasa selesa dan tidak mahu keluar dari situ.

Begitulah juga sebahagian manusia yang memilih untuk melihat dunia dari dalam tempurung. Oleh kerana mereka tidak berpeluang melihat pemandangan di luar yang penuh rencam, mereka beranggapan bahawa persekitaran merekalah yang terbaik, buah fikiran merekalah yang paling bernas sedangkan hakikatnya tempurung yang melindungi mereka selama ini telah mendangkalkan kebolehan mereka untuk berfikir, meninjau pelbagai pilihan, membuat pertimbangan dan keputusan dengan baik. Kadang-kadang mereka bersungguh-sungguh mempertahankan pandangan mereka dan merasakan merekalah yang paling benar. Bagi yang sedar, mereka akan berasa malu apabila pandangan mereka bertembung dengan pendapat orang yang mempunyai sudut pandangan sang burung.

Dalam dunia tanpa sempadan yang serba mencabar ini, kita harus memilih untuk melihat dunia dari mata burung. Orang yang memilih sudut pandangan seperti burung yang terbang melayang di angkasa akan lebih memahami persekitarannya lantaran ruang lingkup pemandangan yang jauh dan lebih meluas. dia akan lebih bijak membuat pilihan, pantas menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan, waspada terhadap pelbagai risiko di sekelilingnya, dan tangkas merebut peluang yang mendatang.
*******
Sang katak tidak dapat melihat apa yang ada di luar tempurung namun manusia boleh melihat keadaan di luar dengan jelas. Adakah manusia ingin diibaratkan seperti katak dalam gelas yang hanya dapat melihat tetapi tidak mahu melakukan apa-apa.

how i wish all of us can look through the eyes of a bird =)







0 comments: